Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 17 (Makanan Barat - Bahagian Ii)

6 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mei 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah pembuatan makanan barat. Tenaga pengajar mahir memberi penerangan teknik atau cara memasak makanan barat yang betul dan sesuai dengan cita rasa individu . Seterusnya, tenaga pengajar turut memberi penerangan topik minggu seterusnya kepada peserta iaitu pengiraan kos bagi bahan basah dan kering serta kos-kos pasif.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali